comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia tekad teruskan kerjasama dengan Rusia dalam pelbagai bidang 

Oleh: Kamarudin Mape

VLADIVOSTOK: Malaysia menyatakan hasrat untuk terus bekerjasama dengan Rusia dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masih banyak potensi Rusia yang belum diteroka Malaysia dalam hubungan Kuala Lumpur-Moscow.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam sesi pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di sini, sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9, petang tadi

“Kami memutuskan untuk meningkatkan kerjasama dalam semua bidang dengan anda, dan saya berharap untuk mempunyai hubungan yang lebih baik, kerjasama peribadi dan kerajaan, dalam semua bidang,” katanya.

Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerjasama dengan Rusia itu akan akan diikuti oleh anggota ASEAN, sebaik Malaysia mempengerusikan pertubuhan itu tahun depan.

Pertemuan dua hala itu turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar dijadual berucap pada majlis Pleno EEF 2024 esok, yang turut disertai Presiden Putin dan Naib Presiden China Han Zheng.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini