Oleh: Fareez Azman
PUTRAJAYA: Malaysia menerusi Kementerian Luar hari ini menyerahkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$5 juta daripada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kepada Jordan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bantuan itu akan disalurkan menerusi organisasi kerajaan Jordan untuk membeli barangan keperluan rakyat Palestin.
“Bantuan sebanyak $AS5 juta ini adakah merupakan wang yang telah didermakan rakyat Malaysia dibawah AAKRP yang telah dapat dikumpulkan sebanyak RM99 juta .
“Tapi banyak telah kita serahkan kepada banyak pihak, kepada Persatuan Palang Merah Mesir dan Palestin,”jelasnya.
Sumbangan itu diserahkan Mohamad mewakili kerajaan Malaysia kepada Duta Besar Jordan, Ismael Maddallah Suliman Maaytah, di Wisma Putra di sini, hari ini.
Tambah Mohamad, usaha itu juga dibantu oleh rakyat Malaysia yang berterusan menyalurkan sumbangan demi rakyat Palestin.
“Ini merupakan usaha Malaysia, rakyat Malaysia untuk kita terus membantu Palestin yang mengalami kekejaman tidak berperikemanusiaan, dibunuh kanak-kanak dan wanita tidak berdosa seolah olah nyawa tidak berharga.
“Hari ini kita serahkan (sumbangan) kepada pihak-pihak yang tertentu di sana (Palestin) dan melalui wakil NGO kita di sini menerusi OP Ihsan dan lain-lain telah ktia serahkan melebihi RM70 juta.
“Ada sedikit lagi kita akan serahkan pula terus kepada pihak Palestin supaya mereka mendapat membina, mengurus semula perigi yang dimusnah dan bantuan perubatan amat diperlukan dan musim sejuk ini berbagai kesulitan dihadapi rakyat Palestin terutama pakaian sejuk,” katanya lagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.