comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia seru kerjasama bidang digital antara ASEAN, Korea Selatan, Jepun

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

Oleh: Syafiqah Damanhuri

VIENTIANE: Malaysia menyeru kerjasama strategik antara ASEAN dengan Korea Selatan dan Jepun dalam bidang transformasi digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu membolehkan Malaysia selaku negara anggota ASEAN terus memperkukuh sektor pembinaan kapasiti, kemahiran dan sumber manusia secara strategik.

Dalam kenyataan yang dikongsikan, Malaysia menyambut baik penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Korea Selatan sebagai langkah penting dalam memperkukuh kerjasama dengan negara-negara anggota blok itu.

Datuk Seri Anwar hari ini menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan Ke-25 bagi Memperingati Ulang Tahun Hubungan Dialog Ke-35, bersama Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, di sini.

Ujarnya, Malaysia turut menyokong penyatuan aman di Semenanjung Korea, termasuk inisiatif yang diumumkan negara itu pada 15 Ogos 2024.

Manakala dalam Sidang Kemuncak ASEAN – Jepun, blok itu turut menggesa kerjasama strategik dalam bidang pengukuhan rantaian bekalan dan kemajuan dalam kecerdasan buatan.

Kerjasama itu dijangka akan memberikan impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi dan inovasi di seluruh rantau.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini