Tumpuan :
Nasional

Malaysia sedia hulur bantuan kemanusiaan mangsa tanah runtuh di Papua New Guinea – Anwar

FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: Malaysia sedia hulur bantuan kemanusiaan kepada mangsa tanah runtuh di wilayah Enga, Papua New Guinea.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bencana yang meragut ratusan nyawa di kawasan terpencil yang bergunung-ganang dan berceranggah awal pagi Jumaat, menjadikan respons kemanusiaan terhadap tragedi itu amat mencabar.

“Saya turut memikirkan nasib malang penduduk Papua New Guinea berikutan tanah runtuh dahsyat yang meragut lebih seratus nyawa di wilayah Enga.

“Berlaku di kawasan terpencil, bergunung-ganang dan berceranggah pada awal pagi Jumaat, respons kemanusiaan terhadap tragedi ini akan menjadi amat mencabar.

“Malaysia bersedia untuk memberikan bantuan kepada saudara-saudara kita di PNG,” kata Anwar dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pasukan perubatan, tentera, polis dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah dikerahkan ke kawasan bencana untuk menilai kerosakan dan membantu mangsa yang cedera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini