PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan dari seluruh dunia yang memperakui waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
“Jemaah Menteri membincangkan pengumuman yang dibuat oleh ICC mengenai waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel dan seorang lagi bekas menterinya di atas kesalahan jenayah perang.
“Kerajaan Malaysia amat mengalu-alukannya. Kerajaan juga mengalu-alukan keputusan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia yang memperakui dan memberi kerjasama kepada ICC bagi menangkap penjenayah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.