comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia rekod satu kes baharu Mpox – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu lagi kes baharu positif cacar monyet (Mpox) clade II yang dikesan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, kes melibatkan seorang lelaki warganegara yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September sebelum ruam pada esok harinya.

“Pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul dan kini sedang dalam isolasi serta berada dalam keadaan yang stabil.

“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenalpasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” katanya.

Menurut Muhammad Radzi, daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini, hanya satu kes disahkan positif mpox clade II.

Justeru, semua 10 kes di Malaysia sejak 26 Julai 2023 sehingga kini adalah daripada clade II sahaja.

Bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan membolehkan orang ramai memainkan peranan dengan meningkatkan kawalan kesihatan kendiri, KKM meneruskan hebahan kepada orang ramai melalui pelbagai saluran media massa dan media sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini