Tumpuan :
Nasional

Malaysia raih postensi eksport RM3.2 bilion, libat urus syarikat China

Oleh: Afrina Romzi

BEIJING: Malaysia meraih potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.

Menteri Perdagangan Pelaburan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata walaupun terdapat beberapa projek yang masih dalam perbincangan, terdapat juga projek yang dalam peringkat akhir perbincangan.

“Dari segi pelaburan, kami belum ada angka yang boleh kami umumkan.

“Namun, terdapat projek yang berada di peringkat akhir dan ada yang masih dalam perbincangan menunjukkan peningkatan yang positif.

“Kami akan mengumumkan jumlah pelaburan dalam masa terdekat,” katanya semasa sidang media sempena lawatan kerja Datuk Seri Anwar ke China, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu 30 syarikat dan kapten industri republik itu.

Jadual beliau bermula dengan Sesi Dialog bersama pelabur China termasuk Chengwei Capital dan NRL Capital, anjuran Khazanah Nasional Bhd.

Selain itu, Datuk Seri Anwar bermesyuarat bersama beberapa syarikat China dari sektor perbankan, tenaga dan kimia.

Ini termasuk Bank of China, SinoChem, SICC Co, SEMCORP dan Zhejiang Jiahua Energy Chemical Industry Co.

Ini sebelum sesi meja bulat dengan 24 kapten industri sebelum berlepas ke Beijing.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di peringkat global selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009.

Jumlah perdagangan dengan China tahun lalu mencatat RM450.84 bilion, menyumbang 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini