comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia raih pelaburan RM63.02 bilion di AS – PM

SAN FRANCISCO: Malaysia meraih pelaburan RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutama daripada syarikat gergasi teknologi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, pelaburan sebanyak RM8.33 bilion adalah daripada misi perdagangan dan pelaburan ke AS yang dianjurkan sebelum bermulanya mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Manakala, pelaburan selebihnya adalah daripada mesyuarat satu dengan satu yang diadakan oleh Perdana Menteri di sini.

Pelaburan bagi misi perdagangan ini adalah daripada Abbott Laboratories, Mondelez International, Amsted Rail, Hematogenix, PerkinElmer, Ford Motor Company, Boeing, Amazon Web Services, Enovix dan Lam Research.

“(Pelaburan) selebihnya telah diraih daripada pertemuan berasingan dengan gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft, TikTok dan TPG,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatannya ke AS hari ini. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini