Tumpuan :
Nasional

Malaysia #QuranHour 2023 berlangsung 30 Ogos ini, angkat tiga surah pilihan


Oleh : Izzatie Rizan

SHAH ALAM: Rangkaian Televisyan Media Prima TV9, merapatkan saf bersama rakan sinergi media dalam menjayakan program Malaysia #QuranHour ke- 9 yang akan berlangsung selama sejam bermula jam 12 hingga 1 tengahari pada 30 Ogos ini.

Koloborasi bersama program dibawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu buat kali pertama memfokuskan agenda anak muda serta peranan golongan dewasa dengan tiga surah menjadi pilihan iaitu Al-Insan, Al-Asr dan Al-Fatihah.

Bertemakan ‘Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ kerjasama ini merupakan tanda sokongan TV9 dalam penyebaran aktiviti dakwah di dalam negara.

Pengurus Besar Program dan Kandungan Penyiaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman berkata, seiring dengan stesen TV9 yang mengetengahkan program Islamik, ia menjadi tanggungjawab saluran itu menjemput orang ramai memeriahkan Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

“Ini merupakan kerjasama susulan selepas program ‘World Hashtag Quran-Hour’ yang berlangsung pada April lalu.

“Kami akan bekerjasama lebih lagi dengan WUIF untuk menerbitkan lebih banyak lagi program berbentuk dakwah,” katanya ketika ditemui pada Majlis taklimat sempena program itu di studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, agenda berinteraksi dengan al-Quran sempena Hari Kebangsaan itu membawakan pendekatan ‘tadabbur’ menerusi ketiga- tiga surah yang dipilih dalam usaha melahirkan golongan muda berkemahiran yang akan menjadi pemimpin abrar pada masa hadapan.

Antara media yang turut menjayakan program seruan berinteraksi dengan al-Quran itu adalah TV3, akhbar Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

Loading...
Terkini