Oleh: Halim Mohamed
SEOUL: Malaysia memperoleh potensi pelaburan bernilai RM32.8 bilion daripada beberapa syarikat terkemuka termasuk tokoh korporat dari Korea Selatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut menerima nilai eksport segera bernilai RM1.3 bilion ringgit daripada republik berkenaan.
“Alhamdulillah bila Presiden Yoon (Yoon Seok Yul) jemput dan beri perhatian dan keutamaan, beri ruang bincang isu-isu mendalam dicapai. Beberapa usul tentang antarabangsa, pelaburan, pendidikan ekonomi diberi dukungan kita kerajaan Korea. Kemudian penyertaan syarikat besar sekali hadir terus beri komitmen”.
Ia membabitkan sektor kenderaan elektrik (EV), logam aplikasi untuk EV, bio farmasetikal, teknologi hijau, pemerangkapan karbon serta hidrogen hijau.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sebelum berlepas pulang ke tanah air selepas lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan.
Berita lanjut menyusul
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.