SAN FRANCISCO: Selaras peningkatan persaingan strategik antara Amerika Syarikat (AS) dan China, Malaysia akan meneruskan pendekatan hubungan dengan kedua-dua negara itu secara pragmatik dan berhemat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungan rapat itu akan terus dikekalkan kerana ia akan memberi manfaat lebih besar dan strategik kepada Malaysia.
“Kita bekerjasama dengan rakan-rakan untuk meminimumkan risiko, iaitu konflik langsung atau pemecahan ekonomi global kepada blok-blok tertentu,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di University of California, Berkeley di sini, hari ini.
Lebih 250 penuntut universiti itu hadir mendengar ucapan beliau bertajuk ‘Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific: The View from Southeast Asia’.
Menurutnya, kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat mengurangkan ketegangan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China
“Tiada keadaan berkenaan yang akan terjadi dalam tempoh terdekat, tetapi sangat berkemungkinan dengan keadaan tekanan yang semakin memuncak dewasa ini.
“Saya tak percaya konflik bersenjata antara kuasa-kuasa besar tidak dapat dielakkan dan negara-negara berkecuali seperti Malaysia boleh membantu mengurangkan tekanan menerusi diplomasi kreatif,” katanya.
Anwar berkata, masih ada ruang untuk meneruskan hubungan kukuh dengan AS dan China terutama dalam bidang seperti perubahan iklim, peralihan tenaga, pendidikan dan hubungan antara rakyat yang menawarkan ruang kerjasama.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] PM tiba di San Francisco untuk sidang kemuncak APEC
- [VIDEO] Sidang APEC: Malaysia mahu bawa isu Palestin, perkukuh kerjasama ekonomi
- Boikot APEC: Pendirian Malaysia seiring negara Asia lain
- [VIDEO] PM ketuai delegasi Malaysia ke APEC 2023 November ini
- Jangan hukum saya pro-Israel sebab sertai APEC – Anwar
- [VIDEO] ‘Kita akan jalankan tanggungjawab sebaik mungkin di APEC’ – PM