KUALA LUMPUR: Malaysia memantau rapat perkembangan di Syria dan menekankan keperluan mendesak untuk penyelesaian jangka panjang dan mampan terhadap situasi di negara itu.
Wisma Putra berkata, penyelesaian berlandaskan undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.
Menurutnya, Malaysia percaya bahawa perlindungan institusi nasional utama serta kebajikan dan kepentingan rakyat Syria seharusnya menjadi keutamaan semasa tempoh peralihan, sementara kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Syria dihormati sepenuhnya.
“Malaysia menyeru semua pihak untuk terlibat dalam dialog yang inklusif dan konstruktif bagi membuka jalan kepada pemulihan dan keamanan serta kestabilan jangka panjang di Syria,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, Malaysia menyokong hak rakyat Syria untuk menentukan masa depan seiring dengan aspirasi mereka yang sah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.