comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia nyata komitmen teruskan dasar pentadbiran Thailand – PM

Oleh: Syafiqah Damanhuri

VIANTIANE: Malaysia menyatakan komitmen untuk meneruskan dasar yang dibincangkan bersama pentadbiran Thailand yang dipimpin bekas Perdana Menterinya, Srettha Thavisin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuklah meningkatkan jaringan dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral sedia ada.

Beliau berkata demikian ketika pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Thailand yang baharu, Paetongtarn Shinawatra di sini dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45.

Beliau turut telah mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn atas pelantikannya pada 18 Ogos 2024.

Datuk Seri Anwar mengalu-alukan kepimpinan baru negara jiran itu dan menekankan pentingnya kerjasama dua hala yang lebih erat antara Malaysia dan Thailand.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Thailand berikutan bencana banjir yang baru-baru ini melanda kawasan Utara, Timur Laut, dan Tengah Thailand serta menyatakan kesudian Malaysia menghulurkan bantuan yang diperlukan dalam usaha pemulihan dari bencana berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini