PETALING JAYA: Malaysia nombor tiga dalam kalangan negara Asia Tenggara yang memiliki jumlah individu bujang selepas Filipina dan Brunei.
Fakta itu berdasarkan kaji selidik oleh SeaAsia Stats, yang mana Malaysia mencatatkan individu bujang mencecah 44.68 peratus
“Individu bujang bermaksud seseorang belum berkahwin, bercerai, berpisah atau balu,” menurut data dikongsikan SeaAsia Stats pada media sosialnya baru-baru ini.
Filipina berada di tempat pertama individu bujang paling ramai dengan 49 peratus, manakala Brunei pula mencatatkan sebanyak 44.9 peratus.
Negera-negara Asia Tenggara lain ialah Kemboja (44.60 peratus), Myanmar (29 peratus), Thailand (23 peratus), Indonesia (22 peratus), Singapura (20 peratus), Laos (17 peratus), Vietnam (16 peratus) dan Timor-Leste (13 peratus).
Bermula 1970 hingga 2021, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpul data perkahwinan lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.