Tumpuan :
Nasional

Malaysia Madani seiring dengan 7 teras KPM

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Oleh: Shuhadah Marzuki

PUTRAJAYA: Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memenuhi aspirasi tujuh teras Kementerian Pendidikan, KPM.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, terjemahan maksud Madani itu berjalan seiring dengan apa yang dilaksanakan KPM.

Kata Fadhlina lagi, pihaknya telah meneliti konsep Madani dan bersedia untuk melaksanakannya.

Sebenarnya rangka dan terjemahan Madani lengkap dalam segmen pendidikan dan seiring dengan KPM.

“Kita akan rangkul bersama dalam gerak kerja di KPM kerana Madani ini terasnya semua terangkum dalam tujuh teras kita sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siding media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu KPM.

Turut hadir, timbalannya Lim Hui Ying dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharudin Ghazali

Perdana Menteri hari ini, memperkenalkan konsep Madani yang dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi negara secara berkesan.

Ia menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya yang berteraskan nilai, etika atau akhlak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjelaskan, istilah Madani sudah lama diperkenalkan dalam pentadbiran negara berikutan ia memberi keutamaan soal keyakinan dan kemanusiaan.

Loading...
Terkini