PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
Madani itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.
Berucap menyampaikan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari ini, beliau menyeru semua pihak khususnya barisan Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam supaya menerapkan Madani dalam urusan pentadbiran.
“Saya menaruh keyakinan tinggi Malaysia berupaya diangkat semula di persada (dunia)… kita tidak mahu Malaysia tercemar dengan skandal permasalahan dan pertelingkahan.
“Negara Madani angkat martabat negara untuk harus dikenali dan dihormati sebagai negara makmur… tunjuk kekuatan itu,” katanya.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet. – BERNAMA