Oleh: Ridhuan Hussain
VIENTIANE: Malaysia komited dalam memperkukuhkan hubungan serta kerjasama dua hala dengan Laos dalam pelbagai bidang.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ia termasuk dalam aspek ekonomi, perdagangan, pelancongan, tenaga, dan pendidikan.
Jelasnya, hubungan baik dan erat kedua-dua negara telah lama terjalin menerusi perkongsian dalam pelbagai kepentingan bersama terutama dalam konteks ASEAN.
“Malaysia dan Laos berkongsi banyak kepentingan bersama, terutamanya dalam konteks kerjasama ASEAN. Saya telah menyatakan kesediaan Malaysia untuk membantu Laos dalam Kepengerusian ASEAN tahun depan.” katanya
“Kami juga berpeluang mengadakan perbincangan yang menyentuh isu-isu dua hala yang berkepentingan bersama. Antaranya perihal ekonomi, perdagangan, pelancongan, tenaga, dan pendidikan.” kata beliau dalam satu perbincangan bilateral bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith.
Komitmen berkenaan akan lebih diperhalusi sepanjang lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ke Loas yang bermula hari ini.