comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia kutuk serangan ‘pager’ dan ‘walkie talkie’ di Lubnan – PM 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu dengan orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam, Kampung Batu 14, Puchong. – FOTO: NSTP

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

SELANGOR: Malaysia mengutuk serangan menggunakan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di seluruh Lubnan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan kejam.

“Seluruh rakyat yang memakainya terkesan, (serangan) paling tidak berperikemanusiaan.

“Serangan itu bukan sahaja menyasarkan tentera malahan wanita dan anak-anak kecil, kita bantah sekeras-kerasnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam, Puchong hari ini.

Letupan peranti yang disusuli dengan letupan radio perhubungan (walkie talkie), membunuh sekurang-kurangnya 37 orang, termasuk dua kanak-kanak, dan mencederakan kira-kira 2,300 lagi di Lubnan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini