Tumpuan :
Nasional

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan Israel cederakan anggota Malbatt-850

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim zionis yang menyerang Lubnan secara berterusan hingga mencederakan anggota tentera Malaysian Battalion atau Malbatt-850.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara yang dilakukan Angkatan Pertahanan Israel itu tidak boleh diterima.

“Kerajaan Malaysia mengecam sekeras kerasnya tindakan kejam rejam zionis israel dan ini tidak boleh dterima.

“Apa yang Menteri Pertahanan telah sebut mengenai perancangan sekiranya perlu diambil apa apa tindakan, kita rujuk kepada Kementerian Pertahanan nanti.” Katanya pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Jelasnya, tentera Malbatt-850 mengalami kecederaan selepas serangan rejim zionis Israel terhadap sebuah kenderaan yang berada berhampiran dengan bas yang mengangkut sejumlah tentera Malbatt-850.

“Bagi pihak Jemaah Menteri dan Kerajaan Malaysia kita mengkutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan berterusan terhadap Lubnan dan juga pasukan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) yang mana di antaranya Malbatt sebahagian pasukan tersebut.

Semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan enam anggota MALBATT 850 cedera dalam insiden letupan berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota Malbatt 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah, jam 1.54 tengah hari tadi (7.54 malam waktu Malaysia).

Dalam kejadian itu, lima anggota membabitkan Malbatt 850-12 yang baru tiba ke negara itu mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang yang mengalami kecederaan di bahagian tangan (disyaki retak tangan kiri) dan seorang lagi anggota Malbatt 850-11.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini