comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia komited bantu rakyat Afghanistan

 

NEW YORK: Malaysia sangat prihatin dengan situasi kemanusiaan yang semakin meruncing yang kini berlaku di Afghanistan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sangat prihatin dengan negara itu yang sedang bergelut dengan tahun ketiga berturut-turut masalah kemarau dan serangan belalang yang dahsyat yang menjejaskan hasil tuaian gandum dengan teruk.

“Di pihak kami, Malaysia komited untuk meneruskan hubungan rakyat dengan rakyat yang sedia ada dengan Afghanistan, termasuk melalui pemberian bantuan kemanusiaan”.

Bagaimanapun Datuk Seri Anwar berkata Malaysia tetap bertegas menyeru pihak berkuasa Afghanistan untuk membatalkan dasar pengecualian dan diskriminasi mereka terhadap wanita dan gadis.

“Menafikan hak mereka untuk bersekolah adalah melanggar ajaran Islam, apatah lagi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rangka kerja pelbagai hala hak asasi manusia” kata Anwar.

| ARTIKEL BERKAITAN:

Loading...
Terkini