Oleh: Vinsla Santiran
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menegaskan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin kekal konsisten dengan pendirian negara Islam yang lain.
Ia susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengumumkan negara itu akan mengambil alih Semenanjung Gaza dan bertanggungjawab terhadap pemulihannya.
Menurut Datuk Seri Anwar, kerajaan masih dalam proses meneliti kenyataan itu sebelum mengeluarkan sebarang ulasan lanjut.
“Bagi Gaza, yang penting pendirian Malaysia kekal, seperti mana pendirian negara-negara Islam yang lain.
“Kita sedang teliti kenyataan dahulu, perkara lain kita akan ulas kemudian,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran buku ‘A Malik Bennabi Reader’ serta penubuhan Institut Antarabangsa Kajian Masa Depan di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.