comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia kekal dengan pendirian bahawa Palestin berhak membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat – PM

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Hasrat rakyat dan kepimpinan Malaysia supaya Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan gesaan gencatan senjata telah disampaikan negara, di Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung Situasi di Timur Tengah termasuk Isu Palestin.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, gesaan itu dibuat melalui Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Setiausaha Agung PBB,  António Guterres di New York, Amerika Syarikat.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Ketegasan Malaysia itu katanya, seiring dengan kenyataan Guterres di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.

Datuk Seri Anwar dalam catatan di facebooknya berkata, keamanan dan kedamaian hanya dapat dicapai dan dipertahan jika hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak.

“Jika penindasan, kekerasan, rampasan hak, dan dasar apartheid dibenar berleluasa, nescaya tiada suatu noktah yang selamat dalam kehidupan.

” Pasti suatu hari, sekarang atau di masa hadapan, mereka yang tertindas dan dinafikan segala hak akan bangkit menentang ketidakadilan sebegini.” katanya.

Tambah Perdana Menteri, Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip yakni Palestin berhak mendapat hak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis sebagai Ibu Kota.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini