Tumpuan :
Nasional

Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2024

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan skor 50 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024, mengekalkan kedudukan ke-57 daripada 180 negara, sama seperti tahun sebelumnya.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan, berkata beberapa faktor menyumbang kepada kedudukan itu, termasuk persepsi rasuah dalam sektor swasta oleh industri perniagaan serta reformasi institusi yang bergerak perlahan.

Bagaimanapun, beliau optimis kedudukan Malaysia boleh diperbaiki tahun hadapan, didorong oleh beberapa perkembangan positif yang berlaku tahun lalu.

Antaranya, penubuhan Pasukan Petugas Khas CPI dengan sasaran menempatkan Malaysia dalam kelompok 25 teratas menjelang 2033, pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) pada Jun 2023, serta penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini