PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan dalam perjalanan ke Gaza semalam.
Kementerian Luar berkata, rejim Israel harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas serangan tanpa belas kasihan itu.
“Kegagalan untuk menyediakan laluan yang selamat mencerminkan pengabaian sepenuhnya oleh rejim Israel dalam menjalankan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
“Ini jelas menunjukkan bahawa rejim Israel bertindak apati apabila pelampaunya melakukan tindakan keganasan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Wisma Putra hari ini.
Kementerian Luar berkata, masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab kolektif untuk memastikan perlindungan orang awam.
Katanya, masyarakat antarabangsa juga perlu memaksa Israel untuk segera menamatkan pendudukan haram dan keganasan terhadap Palestin.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.