Tumpuan :
Nasional

Malaysia, Jepun bincang cadangan jadikan Sarawak sebagai hab tenaga

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba (kanan)

Oleh: Fareez Azman, Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga di rantau ini akan dibincang bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.

Jelas Anwar, selain itu beberapa isu pelaburan dan perdagangan juga akan disentuh dalam pertemuan empat mata itu.

“Esok Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba akan datang ke Malaysia dan kita akan bicara beberapa isu pelaburan, perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Forum Ekonomi Malaysia (FEM 2025) di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, wacana baharu yang sangat kritikal dari segi peralihan tenaga sedang dijalankan melalui usaha Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bersama PETROS dengan kerjasama PETRONAS.

“Kita harap dalam perbincangan itu akan menjadikan Malaysia khususnya Sarawak sebagai Hub Tenaga untuk rantau ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menceburi bidang baharu dalam meningkatkan ekonomi negara.

“Sebab itu forum ekonomi seperti ini diberi ruang kepada kita seperti mana saya sering tekankan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengingatkan jentera kita supaya fokus kita itu mencari helah dan jalan mengangkat kekuatan ekonomi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini