Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia, Indonesia komited perkukuh sektor minyak – PM

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia komited dalam memperkukuh sektor minyak negara yang seterusnya akan memanfaatkan kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak bagi Malaysia dan Indonesia.

“Komitmen kita untuk pastikan kerjasama PETRONAS dan PERTAMINA (syarikat minyak Indonesia), dua syarikat gergasi minyak di rantau ini lebih sepakat untuk teroka aliran baharu perniagaan sektor minyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Menara Berkembar Petronas hari ini.

Jelas Anwar, matlamat itu mampu dicapai menerusi kesepakatan dan keyakinan membabitkan semua pihak.

Langkah itu katanya amat penting bagi memastikan kerjasama antara kedua-dua syarikat gergasi minyak itu berjalan seperti apa yang dirancang.

“Hal itu hanya akan berlaku sekiranya bukan sahaja persefahaman, kedekatan, keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan pimpinan dan pasukan pimpinan kedua-dua negara.

“Ini termasuk memberi arahan jelas kepada rakan negeri dan jabatan terkait, selain sektor swasta untuk meningkatkan apa yang kita sepakati.

“Ini termasuk memeterai kerjasama PETRONAS dan PERTAMINA iaitu dua syarikat mintak gergasi supaya sepakat dan bidang perniagaan baharu,” katanya.

Pertemuan itu turut menyentuh beberapa lagi soal pemerkasaan lain antaranya dalam bidang pendidikan, ekonomi serta pertahanan.

Perdana Menteri turut berkata, Indonesia mempunyai kelebihan tertentu khususnya dalam sektor pertahanan yang harus dimanfaatkan Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini