Tumpuan :
Nasional

Malaysia guna platform ASEAN tarik minat pelabur-Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Peter Wong, Pengerusi HSBC Asia Pasifik dan delegasi di Putrajaya. FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

Oleh: Ridhuan Hussain

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan peranannya selaku Pengerusi ASEAN tahun hadapan sebagai peluang
mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan

Menerusi hantarannya di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara berada di landasan tepat untuk mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah negara dagang.

Malah ekonomi Malaysia juga berkembang pesat di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

“Insya-Allah melalui dasar dan hala tuju Kerajaan MADANI ini, usaha ini akan dapat diintegrasikan ke peringkat ASEAN demi kemajuan dan kemakmuran rantau ini,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Datuk Seri Anwar berkata beliau menerima kunjungan hormat Peter Wong, Pengerusi HSBC Asia Pasifik dan Omar Siddiq, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia beserta delegasi di pejabatnya di Putrajaya petang tadi.

Kesempatan itu digunakan kedua-dua pihak bagi berbincang mengenai situasi ekonomi dan kewangan global.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini