comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia gesa semua pihak di Timur Tengah kurangkan ketegangan yang menggugat kestabilan serantau – PM Anwar

Kepulan asap dilihat di kawasan selatan Beirut akibat serangan tentera Israel. – FOTO: Reuters

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Malaysia gesa semua pihak di Timur Tengah mengurangkan ketegangan yang menggugat kestabilan serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebooknya berkata, pencerobohan dan serangan berterusan Israel di Lubnan, Syria dan Yaman adalah tindakan yang disengajakan.

Ia bertujuan mengalihkan perhatian komuniti global daripada kezaliman serta pembunuhan kaum terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Katanya, peningkatan konflik ini jelas bertujuan untuk memastikan pemimpin politik Israel semasa kekal berkuasa dan tidak dipenjarakan, selain bertindak mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah demi mempertahankan kedudukan politik individu.

“Kita mesti segera mencegah kitaran berbahaya tindakan dan reaksi yang mengancam untuk menarik lebih banyak pihak ke dalam konflik ini, seterusnya menyebabkan peningkatan ketidakstabilan dan meluaskan skala kemusnahan.” katanya.

Justeru, Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk mengambil tindakan segera bagi mengurangkan permusuhan dan mewujudkan situasi yang diperlukan bagi mencegah konflik serantau yang lebih luas daripada meletus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini