Tumpuan :
Nasional

Malaysia dijangka mula keluarkan SAF secara mampan bermula 2027 – Johari Ghani

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani – FOTO NSTP

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka akan mula mengeluarkan Sustainable Aircraft Fuel (SAF) secara mampan bermula tahun 2027.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia akan melibatkan kapasiti pengeluaran secara berperingkat berdasarkan kapasiti kilang dan ketersediaan bahan mentah.

“Malaysia dijangka akan mula mengeluarkan SAF secara mampan bermula tahun 2027.

“Kapasiti pengeluaran akan ditingkatkan secara berperingkat (berdasarkan kapasiti kilang pengeluar dan ketersediaan bahan mentah (feedstock) seiring dengan agenda Malaysia untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar SAF di Asia Tenggara,” jelasnya.

Tambahnya, SAF mempunyai potensi yang besar bagi ekonomi negara terutama dalam meningkatkan pelaksanaan ekonomi kitaran.

Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, Malaysia jelasnya berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi salah satu pengeluar SAF utama dunia.

“Antara bahan mentah (feedstock) yang boleh digunakan untuk menghasilkan SAF termasuklah empty fruit bunch (EFB), palm oil mill effluent (POME), lemak haiwan, microalgae dan minyak masak terpakai (UCO).

“Seiring dengan Malaysia Aviation Decarbonization Blueprint (MDB), KPK dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang berusaha untuk membangunkan dokumen National Strategy for Sustainable Aviation Fuel bagi menyokong perkembangan industri pengeluaran dan penggunaan SAF negara,” katanya lagi,

Pada masa sama tambahnya, kerajaan akan mempertingkatkan lagi pelaksanaan program kesedaran pengumpulan minyak masak terpakai di seluruh negara.

Ketika ini, KPK sedang bekerjasama dengan PETRONAS dalam melaksanakan pengumpulan minyak masak terpakai.

“Program kesedaran ini amat penting dalam memastikan industri pengeluar SAF memperoleh bahan mentah yang mencukupi bagi penghasilan SAF dalam negara.

“Seterusnya, EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd. sedang dalam pembinaan loji penapisan dan pengeluaran SAF di Tanjung Langsat, Johor, dengan kapasiti pengeluaran 350,000 tan metrik setahun.

“PETRONAS juga akan membina sebuah loji penapisan dan pengeluaran SAF melalui kerjasama dengan Enilive (Itali) dan Euglena (Jepun) di Pengerang, Johor, dengan kapasiti 650,000 tan metrik setahun,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ir Ts Khairil NIzam Khirudin (PN-Jerantut) dalam sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini mengenakan startegi kerajaan dalam memposisikan Malaysia sebagai pengeluar utama SAF serantau.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini