Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia destinasi selamat untuk tujuan pelaburan – PM


TOKYO: Malaysia adalah sebuah destinasi selamat untuk pelaburan.

Ketika menyampaikan ucaptama pada Nikkei Forum 29th Future of Asia di sini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelabur khususnya dalam sektor pembuatan, sedang mencari destinasi selamat di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di seluruh dunia.

Keadaan itu, katanya diburukkan lagi dengan sekatan perdagangan terutamanya mengenai mikrocip.

“Saya berani katakan bahawa Malaysia sesuai dengan keperluan (destinasi selamat untuk tujuan pelaburan)… terima kasih kepada kestabilan kita, tenaga buruh yang mahir, serta dan ketidakselarasan ekonomi dan geopolitik kita,”

“Buktinya (kesesuaian Malaysia sebagai destinasi pelaburan) adalah pada angka. Pada 2023, Pulau Pinang selaku hab semikonduktor Malaysia menarik AS$13 bilion dalam pelaburan langsung asing, melebihi jumlah gabungan untuk tujuh tahun sebelumnya,” katanya.

Tema Forum Nikkei tahun ini ialah ‘Asian Leadership in an Uncertain World’ (Kepemimpinan Asia dalam Dunia Yang Tidak Pasti).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini