Tumpuan :
Nasional

Malaysia buka semula kedutaan besar di Baghdad selepas lebih 20 tahun ditutup

NEW YORK : Kerajaan Malaysia akan membuka semula Kedutaan Besar di Baghdad selepas lebih 20 tahun ditutup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keputusan kerajaan itu dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ Al Sudani di sini pada petang Khamis.

 

Dalam pertemuan ini kedua-dua pemimpin juga bersetuju supaya Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-9 antara Malaysia dan Iraq yang telah tertangguh sekian lama bersidang semula dalam masa terdekat.

“Ia akan menjadi platform dalam berbincang dan merangka skop kerjasama yang lebih mendalam antara Malaysia dan Iraq dalam pelbagai sektor, terutamanya ekonomi, pendidikan, hubungan udara, dan pelancongan, selain meneroka peluang kerjasama baharu” kata Anwar

“Kami juga berkesempatan bertukar-tukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama”.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini