comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia bersedia terima anjakan perubahan

Oleh: Syafiqah Damanhuri

VIENTIANE: Negara kini sudah berada pada tahap bersedia untuk menerima anjakan perubahan ke arah yang lebih berdaya saing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata reaksi positif itu dapat dilihat meliputi setiap tahap dari peringkat pemimpin politik, penjawat awam dan pekerja swasta.

“Negara tidak mampu kekal ditahap yang lama, anjakan itu perlu.

“Orang berbicara tentang anjakan tapi tak ramai yang faham dan cuba melaksanakan anjakan itu.

“Kerana jika tidak dilakukan perubahan yang lebih bermakna, lebih lancar, kita akan kembali kepada keadaan yang muram dan lembap dari sudut ekonomi,”katanya dalam ucapan ringkas semasa menghadiri Majlis Makan Malam bersama Delegasi Malaysia yang berada di sini untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45.

Untuk itu, dengan kestabilan politik dalam negara, kelebihan itu dapat digunakan untuk memperbaiki tatakelola.

“Kita gunakan itu perbaiki tatakelola kerana tidak ada negara dengan kekayaan sebesar mana pun yang mampu mengangkat martabat masyarakat bangsa dan negara tanpa satu pengrusan amanah yang bertanggungjawab.

“Sebab tu kita mulakan dengan dasar tersebut, kemudian kita perkenalkan dasar yang jelas, perindustrian, digital, tenaga, semikonduktor supaya orang tahu dan ini memungkinkan kita, meyakinkan mereka (pelabur) bila dia datang, dia nak lihat apakah ada tahap kecekapan yang diharapkan,” ujarnya.

Turut bersama Perdana Menteri dalam majlis tersebut, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini