comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia berdepan risiko hilang keistimewaan visa pelancong

MAKKAH: Malaysia berdepan risiko hilang keistimewaan sebagai sebuah negara di antara tiga negara Islam lain iaitu Brunei dan Kazakhtan jika melanggar undang-undang dan peraturan Arab Saudi secara berterusan termasuk menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman mengharapkan rakyat Malaysia tidak menyalahgunakan visa ini untuk tujuan melaksanakan haji kerana ia akan mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang menjaga peraturan dan undang-undang.

Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman.

“Setakat ini rakyat Malaysia diberi keistimewaan untuk mengerjakan umrah menggunakan visa pelancong. Saya nasihatkan rakyat Malaysia agar sentiasa patuh dan ikut peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 300 jemaah terkandas di Makkah selepas dikatakan terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.

Menurut Syed Salleh, jelas bahawa mereka yang datang dari luar Arab perlu ada visa haji; orang tempatan dan pemastautin pula perlu mempunyai permit haji untuk melaksanakan haji.

Berikutan itu, orang dari luar Arab termasuk Malaysia tidak boleh mengerjakan haji tanpa visa haji.

“Visa pelancong, visa umrah, visa perniagaan, visa pelajar dan sebagainya tidak dibenarkan melaksanakan haji melainkan visa haji iaitu visa rasmi bagi setiap negara ataupun ‘mujamalah’ kepada orang tertentu ini sahaja untuk menunaikan haji,” katanya lagi.

Kerajaan Arab Saudi dikatakan sudah mula membuat sekatan jalan raya dan memantau jalan tertentu untuk memastikan bahawa hanya yang ada visa haji sah untuk masuk kawasan beribadat haji terutama di Makkah.

“Saya ingin tekankan sudah menerima beberapa laporan daripada kerajaan Arab Saudi bahawa mereka sudah mula membuat tangkapan kepada agensi yang cuba menawarkan khidmat haji kepada mereka yang datang menggunakan visa pelancong ataupun visa umrah,” katanya lagi.”

Sebelum ini pun kerajaan Arab Saudi sudah mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa visa haji yang sah,” katanya.

Bagi agen yang memberi janji manis pula akan dikenakan denda SAR50,000 dan penjara jika sabit kesalahan.

Beliau menasihatkan agar mereka yang datang menggunakan visa pelancong mestilah meninggalkan Arab Saudi sebelum 29 Zulkaedah 1445 bersamaan 17 Mei ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini