Tumpuan :
Nasional

Malaysia-Belgium senada perkukuh hubungan, bentuk sinergi kerjasama

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Belgium senada untuk terus memperkukuh hubungan dan membentuk sinergi kerjasama ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran sejagat.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo di Brussels.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

“Turut dibincangkan terkait pendidikan, pelaburan, perdagangan termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersama Kesatuan Eropah (EU).

“Selain isu antarabangsa antaranya krisis di Gaza, Myanmar dan konflik Rusia-Ukraine,” katanya dalam laman Facebook.

Perdana Menteri berada di negara itu bagi lawatan kerja dua hari sejak semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini