KUALA LUMPUR: Malaysia mempelopori beberapa inisiatif untuk menggalakkan penggunaan mata wang serantau secara lebih meluas antaranya menerusi Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF). Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia mempelopori beberapa inisiatif untuk menggalakkan penggunaan mata wang serantau secara lebih meluas antaranya menerusi Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF). pic.twitter.com/Yt4RFnKSwM
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 10, 2023
“Setakat ini, Malaysia mempunyai pengaturan LCSF dengan Indonesia dan Thailand. Malaysia juga antara negara pertama yang memeterai perjanjian pengaturan mata wang dengan People’s Bank of China (PBC) pada 2009.
“Perjanjian ini memudahkan lagi penggunaan mata wang renminbi dan ringgit bagi tujuan pembayaran perdagangan dan pelaburan di antara China dan Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) di dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjelaskan, untuk menghentikan penggunaan sepenuhnya dolar secara mendesak dalam perdagangan pada masa ini adalah sukar.
Namun, Malaysia kini lebih aktif dan agresif dalam menekankan keperluan kegunaan mata wang tempatan.