comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia bakal jadi hab industri e-sukan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengenal pasti beberapa syarikat permainan video antarabangsa yang berpotensi untuk bertapak di negara ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai ‘Gaming Hub’ di rantau Asia Tenggara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, peruntukan RM30 juta dalam Belanjawan 2024 bagi mempromosi Malaysia sebagai hab pembangunan industri e-sukan diharap mempercepatkan proses syarikat permainan video Korea Selatan, NX3 Games yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk melebarkan sayapnya ke negara ini, tahun depan.

“Ini sudah pasti akan menjadi game-changer (pengubah keadaan) kerana bagi KKD khususnya MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia), kita lihat pulangan syarikat permainan ini kepada negara, adalah besar dan ia jangka masa panjang.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil

“Saya percaya dengan inisiatif ini, lagi banyak syarikat antarabangsa dapat bertapak di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia dalam pembangunan produk digital mereka bersama-sama bakat tempatan.

Sebelum ini, NX3 Games yang memfokuskan penerbitan permainan, penyelidikan dan pembangunan serta rekaan kandungan, menyasar membuka ibu pejabat wilayah mereka di Kuala Lumpur.

Loading...
Terkini