Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin
SHAH ALAM: Malaysia antara lima negara utama aktif dalam program wakaf Al-Quran di peringkat global.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pencapaian itu turut didorong oleh perkembangan kerjasama dengan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam penyediaan Al-Quran dan bahan pendidikan Islam.
“Di Malaysia wakaf Al-Quran yang telah dimulakan sejak 2007 dengan matlamat utama untuk bukan hanya untuk membebaskan Al-Quran tetapi banyak negara yang telah menerima manfaat.
“(Manfaat itu diterima oleh) terutama dikalangan negara minoriti Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-13 di sini hari ini.
Katanya, sehingga kini dianggarkan lebih 500,000 naskah telah diwakafkan oleh pelbagai institusi dan organisasi di Malaysia.
Tambahnya, kerajaan menunjukkan komitmen yang kuat terhadap inisiatif wakaf Al-Quran melalui pelbagai bentuk sokongan.
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) MAIN, kerajaan memperuntukkan lebih RM50 juta setiap tahun untuk program wakaf pendidikan Islam, termasuk wakaf Al-Quran.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.