comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia alami transformasi ekonomi & kebangkitan sosial ketara – PM Anwar

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengalami transformasi ekonomi dan kebangkitan sosial yang ketara ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2024 mencapai 5.3 peratus, merekodkan pengembangan sembilan bulan kepada 5.2 peratus. Ini adalah lebih besar daripada tempoh yang sama sebelumnya 3.8 peratus.

“Dunia telah mengambil perhatian tentang kelebihan melabur dalam Malaysia. Tahun ini sahaja, gergasi teknologi terkemuka dunia daripada Amazon Web Services, kepada Google, Microsoft mengumumkan pelaburan baharu dan pengembangan pelaburan penting berjumlah AS$16.9 bilion,” katanya.

Ucaptama Datuk Seri Anwar dibacakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Perhimpunan Agung World Federation of Exchanges (WFE) ke-63 hari ini.

Selain itu, agensi penarafan global terkemuka telah menaikkan prospek mereka terhadap Malaysia.

Penilaian Global S&P pada A-, Fitch Ratings pada BBB+ serta Moody’s pada A3.

Tahun lalu, Malaysia merekodkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM329.5 bilion, melonjak 23 peratus daripada tahun sebelumnya, pencapaian tertinggi dalam sejarah negara setakat ini.

Justeru, Datuk Seri Anwar turut berpandangan positif tentang pencapaian tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini