comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia ajak Asia bekerjasama, bersatu suara demi keamanan global

Oleh: Kamaruddin Mape

VLADIVOSTOK: Malaysia mengajak negara-negara Asia untuk terus bekerjasama, bercakap dalam satu suara dan bertukar idea ke arah masa depan dunia yang lebih aman dan makmur.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata melalui strategi dan amalan dasar terbaik, matlamat itu mampu dicapai.

Katanya, negara-negara Asia perlu diingatkan bahawa kekuatan sebenar perkongsian mereka, bukan pada perjanjian yang ditandatangani atau projek yang dilaksanakan bersama.

“Kekuatan sebenar terletak pada visi dan saling menghormati yang mengikat kita bersama”, katanya ketika berucap pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9, di sini.

Turut hadir Presiden Rusia Vladimir Putin dan Naib Presiden China, Han Zheng.

Perdana Menteri berkata sebagai pengerusi ASEAN pada tahun depan, Malaysia bukan saja akan menumpukan kepada pengukuhan mekanisme dan institusi ASEAN sedia ada, tetap juga mencari sinergi dengan rantau lain atau rakan dialog untuk memupuk pembangunan dan kemakmuran.

Untuk itu keutamaan paling penting adalah mengukuhkan prinsip utama pemusatan ASEAN, yang menjadi tonggak utama pembinaan konsensus, seterusnya mengikat negara-negara anggota dalam kesepaduan tindakan.

Dalam pada itu Anwar berkata dalam hubungan dua hala Malaysia-Rusia, antara kerjasama berpotensi adalah kewangan Islam, dengan Malaysia dianggap sebagai peneraju global.

“Dengan populasi Islam yang ramai di Rusia, ia akan memberi manfaat kepada ekosistem kewangan Islam dan pelaburan dari negara Islam di Rusia”, katanya.

Dalam sesi soal jawab dalami sidang pleno itu, Anwar berkata Malaysia sedang mempertimbang untuk membuka penerbangan terus antara kedua-dua negara untuk tujuan pelancongan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini