comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mak Cik Kemboja, anak tiba di mahkamah bagi tuduhan isu ‘Melayu malas’

Peniaga wanita berasal dari Kemboja dan pempengaruh media sosial, Mariyah Yaakob, 49, yang mencetuskan kontroversi kerana mendakwa orang Melayu malas menerusi video tular bulan lalu dan anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh. – Foto NSTP

MELAKA: Usahawan Mariyah Yaakob atau digelar Mak Cik Kemboja dan anak lelakinya tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pagi ini untuk menghadapi pertuduhan membuat kenyataan dan memulakan komunikasi jelik menghina orang Melayu sebagai malas di media sosial, bulan lalu.

Mariyah, 49, dan Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holding Sdn Bhd tiba jam 9 pagi tadi, dilihat memasuki kamar mahkamah dengan ditemani dua peguam.

 

Wanita itu yang memakai kot warna jingga dan berseluar putih, manakala anaknya berkemeja lengan panjang biru dan berseluar panjang kelabu serta bertopi, kelihatan tenang menunggu prosiding dimulakan.

Peniaga berasal dari Kemboja itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mendakwa orang Melayu malas menerusi video yang tular bulan lalu.

Menurut polis semalam, pemilik perniagaan di Johor Bahru, itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Ezuan Hafsham pula akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini