comscore
Tumpuan :
Nasional

MAJALAH 3: Mi kari udang lipan cambahan rezeki keluarga nelayan

PETALING JAYA: Rezeki tangkapan udang lipan yang pada awalnya hanya jualan biasa seorang nelayan di Sungai Besar, Selangor.

Tetapi, kini dikembangkan menjadi perniagaan keluarga dengan mengusahakan warung menjual Mi Kari Udang Lipan.

Muhammad Saad, 49, menyifatkan memburu Udang Lipan, umpama mencari permata yang hilang di lautan, namun keringat diberi demi kepuasan dan kelangsungan hidup.

“Kadang-kala bila ribut, tidak cukup bekalan, kena beli untuk perniagaan di warung,” katanya.

10 tahun mengusahakan perniagaan Mi Kari, Muhammad dibantu oleh isterinya, Salina Abdul Hamid yang bertanggungjawab menyiapkan hidangan utama jualan mereka.

Biasanya dua jam diperlukan untuk menyiang udang lipan seberat 20 ke 30 kilogram, bergantung kepada kemahirannya.

“Mi Kari Udang Lipan biasa, mahupun yang istimewa… cuma dibezakan dengan tambahan udang, supaya si penggemar dapat membezakan rasa udang lipan dan udang biasa.

“Itu yang membuatkan warung ini tidak putus menerima pelanggan. Rasa masakan tidak pernah berubah sejak 10 tahun diusahakan,” kata Salina.

Bagi Salina, ada rencah utama yang menjanjikan keenakan masakannya dan jika tertinggal, maka rosak keseluruhan rasanya.

Di Pantai Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang berbeza kisahnya, Muhammad Rib’ie Amir Rushdan pula mencandat Udang Lipan dengan cara tersendiri untuk dijual kepada pemancing ikan sebagai umpan.

Ikuti cerita lanjut ‘Udang Lipan’ dalam Majalah 3, bagi yang terlepas boleh langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh di Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini