comscore
Tumpuan :
Nasional

MAIDAM sahkan GISBH tidak pernah bayar zakat

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengesahkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi di Terengganu tidak pernah membayar zakat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, setakat ini, pihaknya mengesan terdapat beberapa perniagaan yang dijalankan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada syarikat berkenaan yang menjalankan beberapa perniagaan termasuk restoran dan kedai bakeri di negeri ini.

Dalam pada itu, beberapa premis milik syarikat berkenaan di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus juga sudah menutup operasi mereka sejak minggu lalu.

Untuk rekod, polis mula mengadakan Op Global bermula 11 September lalu dengan menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH.

Ia selepas syarikat itu didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini