Tumpuan :
Nasional

MAIDAM peruntuk zakat pendidikan RM68.1 juta

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntukkan RM68.1 juta untuk bantuan zakat pendidikan Terengganu bagi tahun ini.

Yang Dipertuanya Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata setakat Mei ini RM21 juta telah diagihkan kepada pelajar asnaf melalui 13 program termasuk bantuan awal pendidikan, bantuan pengajian Islam, bantuan pengurusan pondok dan bantuan Institusi Pendidikan Tinggi.

Katanya, MAIDAM menyediakan pelbagai program bagi membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang sempurna dalam suasana ekonomi yang mencabar.

Bantuan itu meliputi pelbagai peringkat dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) di Kuala Terengganu hari ini.

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Loading...
Terkini