comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol putuskan stampa bersalah hina mahkamah, dihukum penjara enam bulan

Gonzalo Stampa (kiri) dan Azalina

KUALA LUMPUR: Penimbang tara ‘penyangak’ Gonzalo Stampa telah didapati bersalah menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sepanyol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mahkamah sama turut melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.

“Usaha Kerajaan MADANI dalam menangani dan menghentikan Penipuan Kumpulan Sulu adalah tidak sia-sia.

“Kami bertungkus-lumus memperjuangkan kes ini demi menegakkan keadilan, dan akan meneruskan usaha untuk membatalkan Award Akhir,” katanya dalam akaun X.

Pada 25 Mei 2020, Stampa telah mengeluarkan Award Akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang tidak lagi wujud.

Bagi menguatkuasakan award itu, mereka dilaporkan telah cuba menyita aset syarikat minyak negara Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini