comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mahkamah Selayang jadi tumpuan media

KUALA LUMPUR: Perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang kini menjadi tumpuan petugas media selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka dituduh atas kesalahan 3R (agama, bangsa, raja), pagi ini.Kira-kira- jam 7 pagi lagi, petugas media mula berkumpul di pintu pagar bangunan mahkamah bagi membuat liputan pertuduhan ke atas Sanusi.

Setakat ini belum kelihatan kelibat penyokong atau mana-mana pemimpin parti Pakatan Nasional (PN) di sekitar mahkamah.

Foto : NSTP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat menugaskan kira-kira 10 pegawai dan anggotanya untuk membuat kawalan dan memantau keadaan berhampiran bangunan mahkamah.

Artikel berkaitan : MB Kedah ditahan polis

Muhammad Sanusi dijangka menghadapi sekurang-kurangnya dua pertuduhan, dan akan dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di Selayang, hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai berdepan tuduhan berkaitan kenyataan yang didakwa mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar.

Artikel berkaitan : PAS minta penyokong bertenang

Pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi akan dibuat secara berasingan di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

Beliau dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam perkembangan sama, Sanusi dilaporkan ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, di sini, awal pagi tadi.

Beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7) serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Loading...
Terkini