comscore
Tumpuan :
Nasional

Mad Zaidi Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi baharu

Oleh : Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) di Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Mad Zaidi Mohd Karli@Sukari dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPK berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataannya memaklumkan, Mad Zaidi, 53, berpengalaman luas dalam pelbagai bidang meliputi perancangan strategik, pengurusan serta bidang teras berkaitan perladangan dan komoditi.

“Tahniah atas pelantikan Mad Zaidi sebagai Ketua Setiausaha KPK berkuat kuasa pada 18 Mei 2023,” katanya.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains dari University of London, Mad Zaidi telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Jawatan terakhir beliau adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) di KPK.

“Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki oleh Mad Zaidi, saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan misi kementerian dalam meningkatkan daya saing global Malaysia menerusi produk-produk agrikomoditi yang bernilai tinggi dan lestari,” kata Mohd Zuki.

Loading...
Terkini