comscore
Tumpuan :
Nasional

Maaf Ustaz Ebit, mungkin anak saya dalam tekanan  – Bapa Mondy

Tangkap layar lelaki dipercayai bapa Mondy ketika bersiaran langsung dengan Ustaz Derry. Gambar kecil Mondy Tattoo. – FOTO: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Mondy Tattoo mohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew!

Reaksi lelaki dipercayai bapa kepada wanita Indonesia yang lebih dikenali dengan panggilan Mondy Tattoo, menerusi video siaran langsung dengan pendakwah, Ustaz Derry Sulaiman itu tular di TikTok.

Artikel berkaitan: Ebit Lew disiasat

Bapa Mondy kelihatan berulang kali memohon maaf kepada Ebit Lew atas keterlanjuran anaknya dan meluahkan perasaan sedih dengan apa yang berlaku.

Jelasnya, penyanyi Rap Caprice mahupun isterinya, Farra Elis tidak pernah menghubunginya untuk meminta izin bagi membawa Mondy ke Malaysia.

Artikel berkaitan: Keterangan Caprice dan Mondy sudah dirakam – Polis

“Tak pernah berhubung dengan saya atau minta izin dengan saya sebagai orang tua,” katanya.

Menurut lelaki itu, Mondy juga tidak bertemu dengannya selepas pulang ke kampung di Kerawang, Indonesia sebelum kembali semula ke Malaysia.

“Pertama kali Mondy pergi ke Malaysia saya sudah minta dia bagi nombor sesiapa supaya saya boleh menghubunginya tapi tak dapat.

“Jadi saya mahu berkomunikasi dengan siapa? Di sini juga kebingungan kerana minta nombor pak ustaz (Ustaz Derry Sulaiman) juga tiada.

“Anak saya Mondy susah diatur, Ya Allah, Ya Rasulullah, saya sebagai orang tua bagaimana?” luahnya.

Di akhir perbualan dengan Derry, lelaki itu menangis dan mendoakan anaknya dalam keadaan baik.“Saya hanya mendoakan anak saya Mondy semoga sihat di sana.

Di sini orang tua hanya mampu mendoakan, tidak minta apa-apa dengan saya,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial satu rakaman video temu bual bersama Mondy yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.

Susulan pendedahan itu, pendakwah kontroversi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew tampil membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor susulan fitnah dilemparkan terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat kelmarin sebaik Ebit Lew pulang dari Jeddah, Arab Saudi dan dia sudah dipanggil polis untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar dalam satu kenyataan hari ini berkata, polis sudah merakam percakapan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Mondy di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam bagi membantu siasatan laporan dibuat Ebit Liew.

Loading...
Terkini