comscore
Tumpuan :
Nasional

Luruan monsun dijangka bermula Selasa ini – MetMalaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) menjangkakan luruan monsun melanda beberapa negeri selama lima hari mulai Selasa ini.

METMalaysia memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh berkenaan.

Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora turut dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) juga sudah dikeluarkan membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Manakala, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Condore dan Reef North turut berkuat kuasa pada tempoh yang sama.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk bahagian utara iaitu Kedah membabitkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Negeri lain ialah Pulau Pinang iaitu di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim).

Di bahagian Pantai Timur, ia meliputi kawasan Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Kemaman), Pahang (Cameron Highlands, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin) •

Sementara itu di Selangor ialah di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu ialah di beberapa daerah di Negeri Sembilan termasuk Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau, Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak (Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).

Jangkaan terakhir adalah di Sabah membabitkan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan serta Sandakan).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini