comscore
Tumpuan :
Nasional

Lulus Geran: Kerajaan negeri Perak fokus selesai masalah tanah kediaman masyarakat India

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak, Sivanesan Achalingam

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Kerajaan negeri Perak berjaya menyelesaikan kira-kira 90 peratus kes melibatkan pemilikan geran tanah kediaman dalam kalangan masyarakat India di negeri itu sejak November 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak, Sivanesan Achalingam berkata langkah itu adalah sebahagaian dari usaha kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan kepada rakyatnya dari setiap kelompok masyarakat.

“Cerapan data kita mendapati terdapat sekitar 260 kes melibatkan masalah rumah masyarakat India di atas tanah kerajaan. Kebanyakannya sudah menduduki tanah ini sejak puluhan tahun lalu.

“Justeru kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad telah membuat kelulusan secara berperingkat bagi memastikan penghuni dapat memiliki tanah itu. Proses kelulusan juga dibuat dengan segera bagi memastikan masalah perumahan rakyat terus diberikan keutamaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Deepavali anjuran DAP Perak, baru-baru ini.

Antara penduduk perkampungan tradisi India yang menerima surat tawaran geran tanah kediaman baru- baru ini.

Tambah Sivanesan, keprihatinan kerajaan negeri juga diterjemahkan apabila ada kes yang diluluskan dalam masa hanya tiga hari bekerja.

“Masalah yang kita selesaikan ini, adalah yang melibatkan rumah diatas tanah kerajaan. Bagaimanapun masih ada banyak kes yang melibatkan tanah pertanian, yang mana ia dimiliki oleh pengusaha estet sebelum ini.

“Kita berharap masalah ini dapat diselesaikan secara berperingkat sebelum tempoh perkhidmatan kerajaan negeri ini tamat. Cuma ia melibatkan isu perundangan yang lebih kompleks,” jelasnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini