Tumpuan :
Nasional

Luluh hati seorang datuk

GEORGE TOWN: Meruntun jiwa seorang datuk apabila mengetahui cucu kesayangan pergi buat selama-lamanya.

Keadaan itu berlaku apabila datuk kepada kanak-kanak 7 tahun mangsa rentung dalam kebakaran tiga rumah di Kampung Pisang, Air Itam, dekat sini melakukan pengecaman jasad cucu sulungnya itu.

Selepas pengecaman itu, lelaki yang dianggarkan berusia 60an hanya terdiam sambil berjalan perlahan keluar dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dan ahli keluarganya enggan ditemubual berikutan bersedih dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Dalam kejadian itu, mangsa, G Sri Laavanya, 7, ditemukan maut manakala neneknya, 50, cedera.

Mangsa dikatakan tertidur selepas mandi dan tidak sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, jiran mangsa, 54, yang enggan dikenali berkata, dia mengenali kanak-kanak itu sejak kecil dan turut menganggapnya sebagai cucu.

Lelaki berkenaan mendakwa, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa adalah pada petang sebelum kejadian.

“Ketika berbual dengannya, Laavanya yang kelihatan riang berkata dia dan neneknya baru sahaja pulang dari kedai bagi membaiki topi keledar.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari Laavanya datang bermain-main di halaman rumah saya dan dia kanak-kanak yang ‘manis’ serta petah bercakap malah sudah dianggap seperti cucu sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan kira-kira lapan meter dari pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan mengiring.

Loading...
Terkini